Isnin, 7 Mac 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


TEKS UCAPAN

PELANCARAN KELAB ETIKA ROCKERS NUSANTARA
TARIKH: 6hb JUN 2015
TEMPAT: ASMARA COFFEE DOME
TAMAN LAGENDA, MELAKA
MASA: 9.00 PM


Assalaamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada semua yang hadir pada malam ini. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah izinNya kita dapat sama sama berkumpul bagi pelancaran Kelab Etika Rockers Nusantara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MAQIB dan sahabat sahabat yang banyak membantu sehingga kesini.

Tuan tuan & puan puan yang saya hormati sekelian,

Kumpulan Etika adalah salah satu kumpulan yang pernah sama sama menyinari persada muzik tanahair di era 80an - 90an dengan konsep muzik rock yang diminati ramai ketika itu. Pada sekitar penghujung 80an sehingga 90an banyak kumpulan tumbuh bagai cendawan dan ada diantara mereka tidak dapat bertahan lama. Kami adalah salah satu dari kumpulan yang turut sama melangkah arus untuk memeriahkan muzik di Malaysia.

Dengan rendah diri disini ingin saya memberi sedikit maklumat tentang tertubuhnya Kumpulan Etika. Kumpulan Etika ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama asal sebagai Wasiat dan mempunyai seramai 6 orang anggota iaitu Kaswan (vocal), Bakhtiar (gitar), Abd Hai (gitar), Jamal (drum), Zainuddin (bass) dan Rahmat Samsi (keyboard).

Diwaktu itu kami lebih banyak membuat persembahan di majlis kawin dan funfair. Pernah memasuki pertandingan di Expo Malaysia 30 Tahun hingga ke peringkat akhir. Di awal tahun 1988 Rahmat dan Zainuddin menarik diri atas sebab peribadi dan kami mendapat khidmat Mohd Razif sebagai pemain bass . Pada pertengahan tahun 1988 pemain gitar Abd Hai pula meraik diri untuk bermain di kelab dgn kumpulan lain dan kami mendapat khidmat  Zain Azman sebagai pengganti yang akhirnya menyertai kumpulan Blackrose. 

Walaupun banyak tawaran untuk rakaman selepas pertandingan di Expo Malaysia 30 Tahun, kami terpaksa menolak untuk memantapkan kumpulan. Akhirnya kami menerima tawaran dari Syarikat Happy Record untuk album pertama yang diterbitkan oleh Sani, Siso dan Usop (Kopratasa) dan dilancarkan pada September 1990. Sebelum memulakan rakaman pihak syarikat meminta kami untuk menukar nama kumpulan kerana dikatakan tidak sesuai. Setelah berpakat akhirnya kami besetuju menggunakan nama Etika atas cadangan Jamal yang bekerja di Dewan Bahasa ketika itu.

Berbagai cabaran dan dugaan di tempuh dan pada tahun 2000 pemain bass Mohd Razif pergi menemui Ilahi. Kami membawa haluan masing2 dan ada diantara yang masih bergiat dalam muzik selain pekerjaan lain. Pada tahun 2014 kami bersepakat untuk reunion atas desakan kawan2 dan ada juga peminat yang menyarankan. Melalui media sosial juga banyak peminat muzik mengharapkan untuk melihat kembali aksi kumpulan kami walaupun dah ‘otai’. Kali ini kami akan beraksi kembali dan dalam perancangan untuk menerbitkan sendiri album terbaru dengan kerjasama sahabat sahabat yang lebih professional.

Dengan itu juga kami ingin melancarkan Kelab Etika Rockers Nusantara sebagai landasan untuk membantu sahabat2 lain dan juga mengumpulkan peminat muzik di bawah satu matlamat untuk memajukan lagi industri muzik di Malaysia. Kelab ini bertujuan untuk mengumpulkan terutamanya peminat peminat muzik dimana dengan itu kami dapat mengadakan sesi beramah mesra ataupun persembahan yang dirancang boleh di salurkan terus.

Kami juga menyahut saranan Kerajaan dalam memperkasakan Industri Kreatif untuk dibawa ketahap yang lebih tinggi dan mampu menjana pendapatan yang lebih baik. Hubungan baik dengan setiap badan badan berkaitan muzik juga akan diperkukuhkan seperti Syarikat syarikat Rakaman, MACP, PRISM, Kementerian Penerangan, semua kedai atau ejen peralatan muzik dan yang terutama peminat peminat muzik.

Kami juga akan cuba untuk bergerak kesetiap negeri di Malaysia untuk membuat persembahan sambil membawa sekali grup pelapis untuk di ketengahkan.
Besarlah harapan kami agar segala impian ini akan tercapai dengan bantuan dari semua lapisan masyarakat dan peminat muzik supaya dapat merealisasikan segala perancangan. Insyaallah.

Akhir kata saya berharap pelancaran Kelab Etika Rockers Nusantara ini akan menjadi lantai pergerakan industri kreatif bukan setakat untuk Etika tetapi sebagai dasar kemajuan muzik dan pelapis bagi menuju Wawasan Malaysia 2020 dan juga dunia.

Terima kasih.


Kaswan Arsat
Kelab Etika Rockers Nusantara


Ahad, 6 Mac 2016

NO KELAB NAMA PENUH PENCADANG PENYOKONG BTP
KERN 000001 MOHAMAD FAIZAL BIN MOHD SAAD NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 200
KERN 000002 MOHD FAZUAN BIN MOHD SA'AD NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 199
KERN 000003 NORLI BIN SAAD NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 198
KERN 000004 MOHD ARIS BIN YAHAYA NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 197
KERN 000005 ABDUL NAIM BIN ABD RAZAK NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 202
KERN 000006 ZAMZAMI BIN CHE SOH NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 201
KERN 000007 RAHIZAL ASWAD BIN ABD RASED NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 196
KERN 000008 MUHAMMAD FITRI BIN ALI NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 195
KERN 000009 MOHAMAD RIDZUAN BIN ABD HAMID NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 194
KERN 000010 MEOR HAFIZE BIN MEOR MAHARANI NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 193
KERN 000011 ROSLI BIN TALIB NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 140 192
KERN 000012 RAMLI BIN ISMAIL NURUL AIN BINTI NORIZAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN 141 191
KERN 000013 ROSLI BIN ZAKARIA NURUL AIN BINTI NORIZAN ROSLINA BINTI KAMAT 140 055
KERN 000014 RIZAL BIN YAACOB NURUL AIN BINTI NORIZAN ROSLINA BINTI KAMAT 140 048
KERN 000015 FAUZI BIN OTHMAN NURUL AIN BINTI NORIZAN ASIBLI BIN MD TAP 140 301
KERN 000016 KAMARUL BAHRIN BIN MOHD SHARIF NURUL AIN BINTI NORIZAN ASIBLI BIN MD TAP 140 297
KERN 000017 WAN ZAINUN BINTI WAN DERAMAN NURUL AIN BINTI NORIZAN AZMAN BIN HUSSAIN 140 295
KERN 000018 AZHARAN BIN MARZUKI NURUL AIN BINTI NORIZAN SAWIAH BINTI MAT NOR 140 284
KERN 000019 ZULKIFLI BIN RAMBELI NURUL AIN BINTI NORIZAN MAZLAN BIN RAMBELI 140 269
KERN 000020 MOHD HAMIZAN BIN AHMAD PUAD NURUL AIN BINTI NORIZAN MOHD HARIS PAZILAH BIN DAUD 140 266
KERN 000021 MUHAMAD SAFUAN HANIFF BIN AZAMAN NURUL AIN BINTI NORIZAN SAIFUL BIN LEGIMAN 140 259
KERN 000022 BORHANUDDIN BIN HUSAIN NURUL AIN BINTI NORIZAN MD NADZRI BIN HUSAIN 140 254
KERN 000023 MOHD RIZAL BIN A.KADIR NURUL AIN BINTI NORIZAN MD NADZRI BIN HUSAIN 140 253
KERN 000024 NOOR SUHAIDAH BINTI IBRAHIM NURUL AIN BINTI NORIZAN MOHD HARIS PAZILAH BINTI DAUD 140 318
KERN 000025 MOHD ZAIDI BIN MOHAMEDDIN NURUL AIN BINTI NORIZAN ASIBLI BIN MD TAP 140 316
KERN 000026 ABNU HAJAR BIN DIANG IBRAHIM NURUL AIN BINTI NORIZAN AZMAN BIN HUSSAIN 140 342
KERN 000027 SURIANA BINTI MOKTAR NURUL AIN BINTI NORIZAN AZMAN BIN HUSSAIN 140 299
KERN 000028 ABD MANAN BIN ABDULLAH  NURUL AIN BINTI NORIZAN AZMAN BIN HUSSAIN 140 419
KERN 000029 ABDUL SAMAD BIN SAMSUDIN NURUL AIN BINTI NORIZAN AB HALIM BIN MOHAMMAD 140 389
KERN 000030 SADRI BIN HJ SHAARI NURUL AIN BINTI NORIZAN AZIZ BIN ZAINAL 140 394
KERN 000031 WAN FAIZALAZRI BIN WAN AHMAD NURUL AIN BINTI NORIZAN WAN SYAHRUL AZMI BIN WAN AHMAD 140 431
KERN 000032 ZOOL HILMI BIN JAAFAR NURUL AIN BINTI NORIZAN WAN SYAHRUL AZMI BIN WAN AHMAD 140 428
KERN 000033 AHMAD CHARMA BIN ALIAS NURUL AIN BINTI NORIZAN WAN SYAHRUL AZMI BIN WAN AHMAD 140 429
KERN 000034 WAN SHAROL AZLIN BIN WAN AHMAD NURUL AIN BINTI NORIZAN WAN SYAHRUL AZMI BIN WAN AHMAD 140 330
KERN 000035 MD RASHID BIN MERAH NURUL AIN BINTI NORIZAN NAWAWI BIN ABDUL MANAP 140 435
KERN 000036 MUHAMMAD ALIF BIN ALI NURUL AIN BINTI NORIZAN MAHANY BTE RAZALLY 140 457
KERN 000037 RAHMAH BINTI JAAFAR NURUL AIN BINTI NORIZAN ROSIDAH AB RAHMAN 140 453
KERN 000038 MOHD ZAINUDIN BIN MANAF NURUL AIN BINTI NORIZAN MOHD YASI N BIN MENHAT 140 501
KERN 000039 ARSAT BIN SAAT NURUL AIN BINTI NORIZAN SAIFUL BIN LEGIMAN 140 508
KERN 000040 MOHD IZZUDDIN BIN MUSTAFFA NURUL AIN BINTI NORIZAN SARI BIN BAKAR 140 478
KERN 000041 ROSLI BIN BAKAR NURUL AIN BINTI NORIZAN NAWAWI BIN ABDUL MANAP 140 513
KERN 000042 MOHAMAD ADIEF FARHAN BIN JAMIRAN NURUL AIN BINTI NORIZAN MUHAMMAD HAFIZ ABDULRAZAK 140 520
KERN 000043 MOHD RAZIL AZRUL BIN ABDUL JALIL NURUL AIN BINTI NORIZAN FATIMAH BINTI MD SALLEH 140 526
KERN 000044 AIMAN HAZIQ BIN MOHD HANAFIAH NURUL AIN BINTI NORIZAN SARI BIN BAKAR 140 479
KERN 000045 MOHD AZRUL HAZLAMI BIN KOMARI NURUL AIN BINTI NORIZAN SITI JAMALIAH BINTI KOMARI 140 474
KERN 000046 MOHAMAD MAHMOOD BIN MOHD ALIAS NURUL AIN BINTI NORIZAN NOR FADHILAH 'ARIFI MD SOM 140 536
KERN 000047 AZIZAN BIN NAWI NURUL AIN BINTI NORIZAN ROSLINA BINTI KAMAT 140 544
KERN 000048 ZAIDI BIN JAMAL NURUL AIN BINTI NORIZAN MOHD NOH BIN RAMLI 140 495
KERN 000049 MAAROF BIN HUD NURUL AIN BINTI NORIZAN MOHD EFENDY BIN BAHARI 140 564
KERN 000050 FADELI BIN AMAT ISMAN NURUL AIN BINTI NORIZAN MOHD EFENDY BIN BAHARI 140 565
KERN 000051 HAFIZ BIN HARUN NURUL AIN BINTI NORIZAN SAIFUL BIN LEGIMAN 140 578
KERN 000052 YAHYA BIN IBRAHIM NURUL AIN BINTI NORIZAN MARDIANA BINTI ABD RAHMAN 140 492
KERN 000053 WAHID BIN SUFIAN NURUL AIN BINTI NORIZAN AHMAD CHARMA BIN ALIAS 140 611