Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
TEKS UCAPAN
PELANCARAN KELAB ETIKA ROCKERS NUSANTARA
TARIKH: 6hb JUN 2015
TEMPAT: ASMARA COFFEE DOME
TAMAN LAGENDA, MELAKA
MASA: 9.00 PM
Assalaamualaikum
WBT dan salam sejahtera kepada semua yang hadir pada malam ini. Terlebih
dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah
izinNya kita dapat sama sama berkumpul bagi pelancaran Kelab Etika Rockers
Nusantara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MAQIB dan sahabat
sahabat yang banyak membantu sehingga kesini.
Tuan
tuan & puan puan yang saya hormati sekelian,
Kumpulan
Etika adalah salah satu kumpulan yang pernah sama sama menyinari persada muzik
tanahair di era 80an - 90an dengan konsep muzik rock yang diminati ramai ketika
itu. Pada sekitar penghujung 80an sehingga 90an banyak kumpulan tumbuh bagai
cendawan dan ada diantara mereka tidak dapat bertahan lama. Kami adalah salah
satu dari kumpulan yang turut sama melangkah arus untuk memeriahkan muzik di
Malaysia.
Dengan
rendah diri disini ingin saya memberi sedikit maklumat tentang tertubuhnya
Kumpulan Etika. Kumpulan Etika ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama asal
sebagai Wasiat dan mempunyai seramai 6 orang anggota iaitu Kaswan (vocal),
Bakhtiar (gitar), Abd Hai (gitar), Jamal (drum), Zainuddin (bass) dan Rahmat
Samsi (keyboard).
Diwaktu
itu kami lebih banyak membuat persembahan di majlis kawin dan funfair. Pernah
memasuki pertandingan di Expo Malaysia 30 Tahun hingga ke peringkat akhir. Di
awal tahun 1988 Rahmat dan Zainuddin menarik diri atas sebab peribadi dan kami
mendapat khidmat Mohd Razif sebagai pemain bass . Pada pertengahan tahun 1988
pemain gitar Abd Hai pula meraik diri untuk bermain di kelab dgn kumpulan lain
dan kami mendapat khidmat Zain Azman sebagai pengganti yang akhirnya
menyertai kumpulan Blackrose.
Walaupun
banyak tawaran untuk rakaman selepas pertandingan di Expo Malaysia 30 Tahun,
kami terpaksa menolak untuk memantapkan kumpulan. Akhirnya kami menerima
tawaran dari Syarikat Happy Record untuk album pertama yang diterbitkan oleh
Sani, Siso dan Usop (Kopratasa) dan dilancarkan pada September 1990. Sebelum
memulakan rakaman pihak syarikat meminta kami untuk menukar nama kumpulan
kerana dikatakan tidak sesuai. Setelah berpakat akhirnya kami besetuju
menggunakan nama Etika atas cadangan Jamal yang bekerja di Dewan Bahasa ketika
itu.
Berbagai
cabaran dan dugaan di tempuh dan pada tahun 2000 pemain bass Mohd Razif pergi
menemui Ilahi. Kami membawa haluan masing2 dan ada diantara yang masih bergiat
dalam muzik selain pekerjaan lain. Pada tahun 2014 kami bersepakat untuk
reunion atas desakan kawan2 dan ada juga peminat yang menyarankan. Melalui
media sosial juga banyak peminat muzik mengharapkan untuk melihat kembali aksi
kumpulan kami walaupun dah ‘otai’. Kali ini kami akan beraksi kembali dan
dalam perancangan untuk menerbitkan sendiri album terbaru dengan kerjasama
sahabat sahabat yang lebih professional.
Dengan
itu juga kami ingin melancarkan Kelab Etika Rockers Nusantara sebagai landasan
untuk membantu sahabat2 lain dan juga mengumpulkan peminat muzik di bawah satu
matlamat untuk memajukan lagi industri muzik di Malaysia. Kelab ini bertujuan
untuk mengumpulkan terutamanya peminat peminat muzik dimana dengan itu kami
dapat mengadakan sesi beramah mesra ataupun persembahan yang dirancang boleh di
salurkan terus.
Kami
juga menyahut saranan Kerajaan dalam memperkasakan Industri Kreatif untuk
dibawa ketahap yang lebih tinggi dan mampu menjana pendapatan yang lebih baik.
Hubungan baik dengan setiap badan badan berkaitan muzik juga akan diperkukuhkan
seperti Syarikat syarikat Rakaman, MACP, PRISM, Kementerian Penerangan, semua
kedai atau ejen peralatan muzik dan yang terutama peminat peminat muzik.
Kami
juga akan cuba untuk bergerak kesetiap negeri di Malaysia untuk membuat
persembahan sambil membawa sekali grup pelapis untuk di ketengahkan.
Besarlah
harapan kami agar segala impian ini akan tercapai dengan bantuan dari semua
lapisan masyarakat dan peminat muzik supaya dapat merealisasikan segala
perancangan. Insyaallah.
Akhir
kata saya berharap pelancaran Kelab Etika Rockers Nusantara ini akan menjadi
lantai pergerakan industri kreatif bukan setakat untuk Etika tetapi sebagai
dasar kemajuan muzik dan pelapis bagi menuju Wawasan Malaysia 2020 dan juga
dunia.
Terima
kasih.
Kaswan
Arsat
Kelab
Etika Rockers Nusantara